Boleh dikatakan, produk kosmetik tempatan kian mencipta nama di kalangan masyarakat Malaysia kerana ramai beranggapan produk local sudah sama taraf dengan produk kosmetik antarabangsa.
Bagaimanapun, baru-baru ini, muncul cerita yang kurang enak didengari selepas netizen ‘membongkar’ cerita mengenai satu produk kosmetik tempatan yang menjual liptint dengan isi kandungan sedikit.
Jual liptint 5ml tapi isi packaging untuk 10ml.
Dapat dilihat dari beberapa perkongsiaan pengguna TikTok, produk kosmetik tempatan itu telah menjual liptint 5ml, namun ia diisikan dalam packaging 10ml.
Pembeli menganggap produk 10ml itu sekurang-kurangnya perlu diisi 90 peratus daripada bekas tiub tersebut dan bukannya hanya 50 peratus.
Dalam perkongsiaan yang lain, pembeli mendakwa bekas produk tersebut tidak sampai separuh pun isi kandungannya.
Hantaran perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen meluahkan rasa marah serta membandingkan produk drugstore yang jauh lebih berbaloi untuk dibeli.