“Insecure” – Bibir Pecah & Gelap, Ini 3 Produk Lokal Yang Boleh Bantu Anda!

Kehidupan

“Insecure” – Bibir Pecah & Gelap, Ini 3 Produk Lokal Yang Boleh Bantu Anda!

Pasti ramai wanita di luar sana yang mahukan wajah cantik dan amat menitikberatkan soal skincare dengan memberi perhatian sepenuhnya kepada kulit wajah.

Namun, tanpa disedari ramai juga yang telah mengabaikan kesihatan bibir sehinggakan bibir bertukar menjadi hitam, kering dan kusam.

Advertisement

Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa produk lokal yang boleh membantu bibir anda menjadi semakin sihat dan cerah.

1. Lip Scrub

Selain skincare, rutin yang anda boleh lakukan ialah eksfoliasi bibir dengan menggunakan Lip Scrub dua hingga tiga kali seminggu dan lebih baik dilakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Menurut Hello Doktor, eksfoliasi bibir boleh membuang sel kulit mati pada kawasan bibir sekaligus akan menjadikan bibir nampak lebih cantik dan sihat.

Tular di laman Twitter, mengenai sebuah produk lokal Lip Polish dari Rhymes yang dikatakan sangat bagus kerana tidak terlalu kasar dan tidak melukan bibir selain harga yang sangat berpatutan.

Anda boleh dapatkan Lip Polish Rhymes di laman rasmi Shopee dengan harga RM29.00.

2. Lip Balm

Selepas melakukan eksfoliasi, pastikan anda sentiasa menggunakan pelembap bibir sekurang-kurangnya 2 jam sekali bagi mengelakkan bibir kering dan pecah.

Menurut Hello Doktor, bibir antara bahagian yang menerima banyak sinaran matahari, lebih-lebih lagi bahagian bawah bibir.

Tular di TikTok, mengenai sebuah produk pelembap bibir dari jenama HYGR. yang mengandungi bahan-bahan asli seperti candelilla wax, olive oil, cocoa butter, dan essential oil.

Anda boleh dapatkan Lip Balm Hygr. di laman rasmi Shopee dengan harga RM27.89.

3. Lip Oil

Selain pelembap bibir, anda juga boleh menggunakan Lip Oil bagi memulihkan masalah bibir gelap.

Menerusi laman TikTok, tular mengenai sebuah produk lokal Lip Fuel dari jenama Argania yang boleh membaiki bibir dengan kandungan minyak asli seperti jojoba dan  vitamin E.

Anda boleh dapatkan Lip Fuel Argania di laman rasmi Shopee dengan harga RM39.00.

@arganiahq

Thank you @miaazahar sebab cuba and FALL IN LOVE dengan lip oil Argania ??? Jom cuba girls! Buat bibir jadi pink and kurangkan masalah bibir gelap

? original sound – Argania HQ – ARGANIA HQ

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Ramai Tak Tahu, 5 Kandungan Dalam 'Skincare' Ini Sebenarnya Bahaya Untuk Ibu Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...