Menunjuk Ada Kereta Lamborghini & Duit RM2 Juta Dalam Bonet, Usahawan Teruk Dikecam Netizen

Kehidupan

Menunjuk Ada Kereta Lamborghini & Duit RM2 Juta Dalam Bonet, Usahawan Teruk Dikecam Netizen

Baru-baru ini, seorang usahawan wanita serta influencer di TikTok dikecam teruk oleh warganet gara-gara terlalu menunjukkan duitnya serta kereta mewah, Lamborghini di platform media sosial berkenaan.

Menurut wanita tersebut, bonet kecil kereta mewahnya itu tidak boleh memuatkan duit yang banyak dan kerana itu, tidak berbaloi untuk membelinya.

Advertisement

Susulan itu, ramai netizen mengecamnya kerana terlalu riak dengan kekayaan yang dimiliki dengan mempamerkan ia dalam media sosial.

Tak berbaloi sebab dalam bonet muat RM2 juta je! So tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecil. Boleh letak duit sikit je.

Meninjau di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘panas hati’ mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh usahawan tersebut.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada itu, warganet turut menasihati wanita tersebut untuk berhati-hati menunjukkan kekayaan di media sosial kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 1.8 juta tontonan daripada pengguna dan lebih 60,000 tanda suka diterima.

founder nak minyak mahal di Langkawi
2 years ago

"Lambo Cikna Pakai Minyak Mahal Je" - Usahawan Kosmetik 'Complain' Langkawi Jual Minyak 'Murah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...