“Lambo Cikna Pakai Minyak Mahal Je” – Usahawan Kosmetik ‘Complain’ Langkawi Jual Minyak ‘Murah’

Kehidupan

“Lambo Cikna Pakai Minyak Mahal Je” – Usahawan Kosmetik ‘Complain’ Langkawi Jual Minyak ‘Murah’

Kalau sebelum ini viral seorang usahawan berasal dari Kelantan mengidam ketika hamil mahu memiliki sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini, kini Ayunie serta rakannya, Cikna terlihat pergi bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga.

Dapat dilihat dari video yang dimuat naik dalam platform TikTok, kedua-dua wanita tersebut berasa teruja dapat membawa kereta Lamborghini mereka ke tempat percutian itu dengan menaiki feri.

Advertisement

Dalam pada itu, mereka juga sempat berkongsikan momen-momen membawa kereta mewah terbabit di sekitar pulau berkenaan.

Namun, satu hal yang membuatkan netizen ‘panas hati’ mendengar apabila Cikna meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mengisi minyak ‘mahal’ di Langkawi.

Menurutnya, dia sudah mencari setiap stesen minyak yang keberangkalian memiliki minyak ‘premium’ seperti yang disifatkan olehnya, namun yang ada hanyalah minyak ‘biasa’.

Jutawan kosmetik itu juga tidak lupa mengajukan soalan kepada umum terutamanya penduduk Langkawi jika tahu mana-mana stesen minyak yang mempunyai minyak ‘mahal’.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen memerli usahawan kosmetik dengan mengatakan penduduk di Langkawi hanya memakai kereta elektrik, disebabkan itu dia tidak akan menjumpai minyak ‘mahal’ seperti yang dicari.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mengecam tindakan wanita berkenaan kerana kelihatan riak dengan apa yang dimiliki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Kepada Pelakon Remaja Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...