“Mentua Adalah Maut Ke Ni” – Anak Takut Nak Tegur, Ibu Selamba Pakai ‘Singlet’ Tanpa Baju Dalam Depan Suami

Kehidupan

“Mentua Adalah Maut Ke Ni” – Anak Takut Nak Tegur, Ibu Selamba Pakai ‘Singlet’ Tanpa Baju Dalam Depan Suami

Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu ciapan luahan seorang wanita yang segan dan buntu dengan sikap ibunya yang seolah-olah tiada batas dengan menantu sendiri.

Ibu berpakaian mencolok mata depan menantu

Difahamkan, wanita itu dan suaminya tinggal di rumah ibunya untuk sementara waktu sebelum rumah yang dibeli oleh mereka siap.

Advertisement

Hal yang membuatkan dirinya kurang selesa apabila ibunya sering berpakaian mencolok mata, di mana dia memakai singlet tetapi tidak memakai baju dalam walaupun menantu ada di rumah ketika itu.

ibu mentua tiada batas

Saya sebagai anak rasa malu Mein, malu dan risau husband saya nampak.

Biarpun tidak selesa dengan tindakan ibunya itu, dia buntu untuk menegur dengan cara yang sepatutnya agar si ibu tidak melakukan hal yang sama lagi.

Netizen nasihat sewa rumah lain

Kisah yang dikongsikan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen, di mana ramai yang berpendapat wanita terbabit perlu mencari rumah sewa lain untuk sementara waktu.

Kata netizen, dengan berbuat sedemikian, ia akan lebih menghormati kedua-dua pihak iaitu ibunya dan suami, malah batasan dalam keluarga juga terjaga.

Ipar Adalah Maut
6 months ago

Kisah Adik Sendiri Selingkuh Dengan Suami Di Aplikasi Fake Calculator, Diterjemah Dalam Filem 'Ipar Adalah Maut' - "Saya Masih Menjaganya Sebab Amanah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...