Pelakon Boy Iman meluahkan perasaannya menerusi satu hantaran di akaun Facebook tentang perjalanan kehidupannya yang dikatakan penuh dugaan.
Kata pelakon filem Blok 404 itu, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum dan melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti penipu, scammer, penjenayah dan macam-macam lagi.
Meskipun dilihat kuat, gembira dan memiliki banyak wang ringgit namun kata Boy Iman, disebabkan kontroversi melanda dirinya, dia terpaksa menghadapi pelbagai ujian.
Kawan menjauh, orang taknak bagi projek, orang bisik mengata aku, komen bukan-bukan di media sosial, takde orang panggil berlakon, takde duit nak makan, bayar bil, macam-macam lagilah aku dah rasa.
Bagaimanapun, Boy Iman berkata cukuplah Tuhan dan orang-orang terdekat yang setia di sisinya tahu sama ada dia betul atau salah.
Ujarnya lagi, walaupun terpalit dengan skandal bisnes pada 2018 dan 2023, ia tidak melunturkan semangatnya dan cintanya terhadap bidang perniagaan.
Mentanglah aku artis senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Ada kala aku sangat down, aku sangat lemah tapi tidaklah sampai nak bunuh diri, nak jadi gila.