“Doakan Saya, Teraniaya Ni..” – Boy Iman Diangkut Polis, Netizen Nasihat Jangan ‘Scam’ Orang Dah

Hiburan

“Doakan Saya, Teraniaya Ni..” – Boy Iman Diangkut Polis, Netizen Nasihat Jangan ‘Scam’ Orang Dah

Pelakon dan juga usahawan, Boy Iman baru-baru ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menipu berkenaan penganjuran vendor Hooray X Fest Raya pada minggu lalu.

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu; bersama-sama tiga orang suspek lain iaitu Norazah Sahud, Norzana Rapie dan Nor Azmi Jantan.

Advertisement

Dia yang diiringi polis turut memohon doa orang ramai dan menganggap dirinya teraniaya.

Doakan saya ya, teraniaya ni..

Keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam dilaporkan telah memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.

Mahkamah kemudian membenarkan masing-masing diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kesalahan menipu tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda jika disabitkan kesalahan.

lelaki bakar motosikal klcc
2023-04-20 08:33:21

Perlu Tanggung Isteri & Ibu Bapa, Lelaki Bakar Motosikal Di KLCC Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter