Sedia maklum, semalam Puteri Sarah yang ditemani dua adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir telah pun memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Biarpun berdepan dengan tuntutan cerai daripada isteri, pengarah serta pelakon terbabit sempat memuat naik hantaran di Instagram memaparkan dirinya sedang berada di lokasi penggambaran filem The Original Gangster.
View this post on Instagram
Oleh kerana memuat naik hantaran seperti itu, kebanyakkan netizen mempersoalkan sama ada Syamsul tidak kisah dengan perkara yang sedang berlaku ketika ini.
Malah, netizen turut mendakwa pengarah filem Mat Kilau itu terlalu mencuba untuk menunjukkan dirinya masih boleh bahagia disebabkan ego.
Dalam pada masa yang sama, ramai turut bersetuju Puteri Sarah mengambil keputusan untuk bercerai kerana menganggap Syamsul sudah tidak kisah lagi dengan perasaannya dan hanya mementingkan Ira Kazar saja.