“Mentaliti Tak Boleh Tengok Benda Elok” – Uncle Kebun Urban Di TTDI Meraung Orang Menjala Ikan & Bunuh Haiwan, Netizen Jadi Sebak

Kehidupan

“Mentaliti Tak Boleh Tengok Benda Elok” – Uncle Kebun Urban Di TTDI Meraung Orang Menjala Ikan & Bunuh Haiwan, Netizen Jadi Sebak

Tular di media sosial semalam mengenai seorang lelaki yang mengusahakan satu kawasan hutan dan sungai berlokasi di antara Taman Tun MRT dan tanah perkuburan Bukit Kiara yang dikenali sebagai Uncle Yen (Urban Orchard KL) meraung  dan menangis meminta beberapa individu berhenti menjala ikan-ikan yang dipelihara dalam sungai tersebut.

Uncle Yen difahamkan telah merakam aksi beberapa individu yang sedang asyik menjala ikan tilapia yang dibelanya sejak 6 tahun yang lalu di sungai itu.

Advertisement

Malah, dalam satu hantaran yang lain, Uncle Yen mendedahkan terdapat beberapa haiwan seperti biawak telah dibunuh dan pokok-pokok juga  dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Video itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dan rata-rata netizen merasa sebak mendengar Uncle Yen menangis dan merayu meminta individu-individu tersebut berhenti berbuat demikian.

Malah, individu itu juga dilihat berkelakuan kurang ajar dan kelihatan rakus mengaut dan menganggu ekosistem kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan rasa simpati dan berharap agar ada pihak berwajib dapat membantu Uncle Yen memelihara ekosistem di kawasan tersebut tanpa gangguan individu yang tidak bertanggungjawab.

Twitter

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wiki Impact (@wikiimpact)

Sekadar info, Uncle Yen mengabadikan dirinya memulihkan kawasan terbiar di tengah ibu kota  itu dengan tanaman buah-buahan, membela haiwan sebagai tanda peringatan kepada anak lelakinya yang telah meninggal dunia kira-kira 7 tahun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kentut suami isteri
8 months ago

Kentut Depan Isteri Dikira Sebagai Zalim Dan Aib - "Jangan Jadi Seperti Kaum Nabi Luth Sering Berbalas Kentut" #TriviaNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...