Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn telah memuat naik beberapa hantaran video di laman Instagram mereka dan telah menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Johan dilihat sedang mengajar anak-anak mereka mengaji dengan nada yang agak tegas dan adakala ditiinggikan.
Malah, menurut Ozlynn di ruangan kapsyen, sebelum ini ramai yang turut ingin menghantar anak mereka untuk belajar mengaji bersama suaminya.
Nampak macam bestkan? huhu berani ke? Tengok la dan teliti la setiap video dalam ni semua okay..
Jelasnya lagi, sebagai seorang isteri yang juga sering diajar oleh Johan, dia sangat menikmati waktu pembelajaran namun mengakui suaminya terlalu tegas.
Kalau bab mengaji or harfiah dia ajar.. tak ada nego ye.. rotan tetap dekat tangan..
Menjengah di ruangan komen, rata rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang memuji cara pelawak itu mendidik anak, namun ada juga yang mendakwa bahawa dia terlalu bertegas sewaktu mengajar dan bimbang anak-anaknya akan menjadi takut untuk belajar.
Seram but benda-benda macam ni la kita akan appreciate sangat-sangat bila dah besar nanti.. – netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.