“Tak Kan Pintu Keluar Masuk Satu Je?” – Pelayan Hampir Terlanggar TokTi, Netizen Kecam Cara Pengurusan ‘Event’

Hiburan

“Tak Kan Pintu Keluar Masuk Satu Je?” – Pelayan Hampir Terlanggar TokTi, Netizen Kecam Cara Pengurusan ‘Event’

Baru-baru ini, viral di laman Instagram mengenai sebuah hantaran video oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memaparkan insiden lucu yang dihadapinya di sebuah majlis.

Menerusi video tersebut, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti dilihat sedang menunggu untuk memasuki dewan sebelum membuat persembahan.

Advertisement

Namun, secara tiba-tiba seorang pelayan yang sedang membawa dulang penuh pinggan, muncul dari arah bertentangan dan dilihat terkejut sehingga hampir berlanggar dengan penyanyi berkenaan.

Tanjat hadek.. saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya. Nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!!

Difahamkan, kejadian itu berlaku di majlis Queen Of The Night yang berlangsung di dewan Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut tidak ketinggalan memberi pelbagai reaksi dan terhibur melihat situasi berkenaan.

Dia terkejut nampak Bidadari tuu,” tulis penyanyi, Nabila Razali.

Hahahahaha berikan aku kekuatan ya Allah,” tulis penyampai radio ERA, Radin.

Bagaimanapun, lain pula dengan reaksi rata-rata peminat yang mempertikaikan cara pengurusan majlis berkenaan yang seakan tidak teratur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tiba-Tiba Nak Suruh Saya Jadi Ustazah Pulak" - Dikecam Sakan Berjoget, Elyana Jawab Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...