Menjijikkan! Tikus Berkeliaran Dan Tauhu Bersepah, Kilang Pembuatan Makanan Di Seberang Perai Diarah Tutup

Berita

Menjijikkan! Tikus Berkeliaran Dan Tauhu Bersepah, Kilang Pembuatan Makanan Di Seberang Perai Diarah Tutup

Sebuah kilang memproses makanan tauhu dan belacan di Seberang Perai, Pulau Pinang telah diarahkan tutup selepas sebuah tinjauan dilakukan pihak berkuasa mendapati dua kilang tersebut didapati sangat kotor dan menjijikkan.

Pegawai SPRM
1 bulan lalu

Lari Terkontang Kanting Keluar Mahkamah, Aksi Dua Pegawai SPRM Ini Undang Gelak Tawa Netizen

Advertisement

Pengusaha kilang tauhu yang bertempat di Tasek Gelugor serta sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth telah diarahkan untuk berbuat demikian selama tempoh dua minggu bagi kerja- kerja pembersihan.

Kilang BelacanSumber : Kosmo Online  

Dalam tinjauan yang dilakukan, terdapat penemuan najis tikus serta keadaan belacan yang dihasilkan turut dipijak-pijak oleh pekerja di premis itu.

Berikutan itu, satu tindakan telah diambil pihak penguatkuasa di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Jelas Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd Wazir Khalid, najis tikus yang banyak telah ditemui bertaburan di dalam stor makanan di kedua-dua premis berkenaan.

Advertisement
Kilang TauhuSumber : Google  

Ops Bersih yang dilakukan secara berkala itu turut melibatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 selain isu-isu kebersihan produk makanan yang dihasilkan.

Selain itu, menurut Wazir, kilang tauhu tersebut turut kotor dengan lebihan makanan tersebut di atas lantai dan juga sekitar mesin-mesin penghasilan produk makanan itu.

Malah, pekerja kedua-dua kilang terbabit turut didapati tidak mendapat sebarang suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada pengusaha-pengusaha makanan dan telah pun dikenakan kompaun.

Sekadar info, sebanyak 15 anggota Jabatan Kesihatan negeri khususnya BKKM serta 2 anggota penguatkuasa daripada Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai turut terlibat dalam Ops Bersih tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 22, 2021 at 11:46 am

    tolong tutup kilang2 ni selama-lamanya. tauhu & belacan jenama apa tu?

    • rizah

      October 25, 2021 at 11:48 am

      betullll….esok lusaaa jadi lagi..sebb mmg habit dia xpandai jaga kebersihan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...