Lari Terkontang Kanting Keluar Mahkamah, Aksi Dua Pegawai SPRM Ini Undang Gelak Tawa Netizen

Berita

Lari Terkontang Kanting Keluar Mahkamah, Aksi Dua Pegawai SPRM Ini Undang Gelak Tawa Netizen

Lari lintang pukang setelah menapak keluar dari kompleks mahkamah sesyen, aksi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru ini ternyata telah mencuit hati netizen di media sosial.

Pandelela Rinong
1 bulan lalu

Diganggu Jurulatih Sendiri, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Alami Gangguan S*ksual

Advertisement

Difahamkan, kedua-dua pengawai SPRM ini berkelakuan demikian kerana enggan dirakam lensa kamera jurufoto yang bertugas sepanjang perbicaraan berlangsung.

Aksi lucu individu tersebut telah dikongsikan sebuah portal berita di laman Twitter, semalam.


Dalam video pendek tersebut, dua lelaki terbabit telah dilihat memecut keluar daripada perkarangan mahkamah sambil mengenakan menutup muka dengan baju sebelum menaiki kenderaan yang sedia menunggu di luar lalu dibawa pergi.

Sekadar info, tertuduh iaitu Amir Izham Shahak,32, telah mengaku bersalah atas pertuduhan menipu seorang penguatkuasa bagi menyerahkan RM40,000 bagi menyelesaikan kes yang disiasat SPRM, Khamis lalu.

Kenyataan SPRMSumber : Twitter SPRM  

Manakala seorang lagi tertuduh, Wan Kamarul Zain Wan Mansor,34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan sama dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Manakala di media sosial, aksi lari lintang pukang tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warga maya malah ada yang mengolah semua video tersebut seperti menambah audio tambahan sebagai latar belakang.

 

Advertisement

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa melihat individu yang sepatutnya menjadi orang yang dipercayai oleh rakyat boleh bertindak melakukan kesalahan seperti itu.

“Lintang pukang lari sebab malu. Makan duit rasuah tak malu?” tulis seorang netizen.

Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan ribu tontonan dan juga tanda suka di media sosial Twitter.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 22, 2021 at 3:33 pm

    Beautifulnara dah expand ye. Bukan lg tertumpu pd topik celebrity & hiburan.

  2. Cik Limah

    October 22, 2021 at 1:08 pm

    BN, teruknya BM kau. Lari “terkontang-kanting”??? Hahahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...