“Menghina, Harap 7 Keturunan Dia Ramai Menjanda” – Jenama Vape Dikecam Guna ‘Marketing’ Murahan

Trending

“Menghina, Harap 7 Keturunan Dia Ramai Menjanda” – Jenama Vape Dikecam Guna ‘Marketing’ Murahan

Zaman sekarang ini sememangnya ‘semua di hujung jari’ termasuklah apabila mahu mempromosikan sesuatu produk baru yang dijual oleh sesuatu syarikat.

Sudah tentunya bermacam jenis teknik pemasaran kita lihat di media sosial, ada yang brilliant namun terdapat juga marketing yang dikritik dan dilabel ‘sampah’.

Advertisement

netizen dakwa konten usahawan ini 'sampah'
2 years ago

"Macam Orang Takde Maruah" - Wanita Dikecam Buat Konten Marah Pekerja, Netizen Kata 'Marketing' Sampah

Terbaru, marketing yang dilakukan sebuah syarikat menjual rokok elektronik atau vape mendapat kecaman ramai netizen di media sosial.

Ia selepas tularnya satu rakaman video menunjukkan sebuah Perodua Aruz yang diconteng dengan perkataan ‘janda’ dan beberapa perkataan tidak elok.

Hari-hari janda. Kaki janda. Jantan tak guna. Balik!!”

Rakaman video berkenaan pada mulanya tersebar di aplikasi TikTok dan sehingga kini telah dikongsi dan tular di Twitter dan juga Instagram.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut di media sosial mengkritik cara syarikat vape terbabit yang membuat cara pemasaran sebegitu dan menurut mereka ia satu cara marketing ‘murahan’.

Malah ada yang turut ‘menyumpah’ agar keturunan individu yang melakukan marketing tersebut bergelar janda kerana telah menghina golongan itu.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...