“Menggadai Nyawa Manusia Lain..” – PU Syed Anggap Varian Baharu COVID-19 Proksi Dajjal

Hiburan

“Menggadai Nyawa Manusia Lain..” – PU Syed Anggap Varian Baharu COVID-19 Proksi Dajjal

Sedia maklum, pakar epidemiologi dan felo kanan di Persekutuan Saintis Amerika (FAS), Dr Eric Feigl-Ding ada berkongsi satu ciapan di Twitter beliau menunjukkan virus COVID-19 baharu, Omicron mungkin lebih berbahaya.

Menurut Murai yang mengambil laporan daripada Sinar Harian, varian baharu ini dinamakan sebagai Omicron, besar kemungkinan 500 peratus lebih berjangkit berbanding Delta dan virus ini juga punya dua kali ganda jumlah ‘mutasi lonjakan jahat’ dari virus Delta.

Advertisement

Oleh kerana itu, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu PU Syed tampil memberi pandangannya mengenai hal terbabit di akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini.

Instagram PU SyedSumber : Murai.My 

Menurut dari pandangannya itu, varian baharu ini merupakan satu proksi dajjal yang bertujuan untuk mengkayakan syarikat-syarikat vaksin dengan mengambil nyawa manusia lain.

Perkongsian pendakwah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya turut bersetuju dengan mengatakan masih ramai orang diluar sana tidak ‘membuka mata’ mereka.

Instagram PU SyedSumber : Murai.My 

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh PU Syed itu dan menasihati beliau agar berhati-hati ketika membuat sesuatu kenyataan kerana bimbang akan jatuh fitnah.

Pada pandangan korang macam mana pula?

PU Syed
3 years ago

"Saya Tegur Sebab Itu Perintah Allah SWT, Gaya Iklannya Tak Ikut Syarak.." - PU Syed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai MY

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...