Sedia maklum, pakar epidemiologi dan felo kanan di Persekutuan Saintis Amerika (FAS), Dr Eric Feigl-Ding ada berkongsi satu ciapan di Twitter beliau menunjukkan virus COVID-19 baharu, Omicron mungkin lebih berbahaya.
Menurut Murai yang mengambil laporan daripada Sinar Harian, varian baharu ini dinamakan sebagai Omicron, besar kemungkinan 500 peratus lebih berjangkit berbanding Delta dan virus ini juga punya dua kali ganda jumlah ‘mutasi lonjakan jahat’ dari virus Delta.
Oleh kerana itu, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu PU Syed tampil memberi pandangannya mengenai hal terbabit di akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini.
Menurut dari pandangannya itu, varian baharu ini merupakan satu proksi dajjal yang bertujuan untuk mengkayakan syarikat-syarikat vaksin dengan mengambil nyawa manusia lain.
Perkongsian pendakwah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya turut bersetuju dengan mengatakan masih ramai orang diluar sana tidak ‘membuka mata’ mereka.
Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh PU Syed itu dan menasihati beliau agar berhati-hati ketika membuat sesuatu kenyataan kerana bimbang akan jatuh fitnah.
Pada pandangan korang macam mana pula?