Baru-baru ini, pengacara yang sering menjadi gandingan bersama Nabil Ahmad dalam program Gegar Vaganza iaitu Jihan Muse memaklumkan dirinya akan berehat dari sebarang kegiantan seni kerana mahu fokus kepada keluarganya dahulu.
Biarpun membuat keputusan untuk berehat, Jihan turut meluahkan rasa gembira apabila menonton Gegar Vaganza musim ke-9 pada tahun ini dan sering mengikut perkembangan program terbabit.
Malah, dia juga sempat memuji Elly Mazlein kerana berjaya menggalas tanggungjawab dan mengekalkan program GV9 trending di setiap platform media sosial.
View this post on Instagram
Biarpun kejayaan tersebut dapat dicapai dengan usaha Elly Mazlein atau mesra dikenali sebagai Kak Lina memeriahkan program berkenaan, masih ada segelintir netizen yang tidak dapat menerima ‘lawak’ serta caranya mengacara GV9.
Menurut netizen, cara yang dilakukan oleh Jihan lebih boleh diterima ramai dan beradab jika hendak dibandingkan dengan cara Kak Lina, dimana mereka merasakan ia menghuru-harakan keadaan atas pentas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.