“Orang Suka Keletah Dia” – Didakwa ‘Overshadow’ Peserta GV9, Nabil Ahmad ‘Backup’ Elly Mazlein

Hiburan

“Orang Suka Keletah Dia” – Didakwa ‘Overshadow’ Peserta GV9, Nabil Ahmad ‘Backup’ Elly Mazlein

Sebelum ini, pengacara program Gegar Vaganza (GV) Musim ke-9, Elly Mazlein telah mencuri perhatian orang ramai adalah apabila turut sama menari di tengah pentas ketika peserta sedang bertanding.

Malah, tindakan spontan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom itu seolah ‘menyerbu’ persembahan peserta dan mengganggu tumpuan mereka untuk memberikan persembahan terbaik.

Advertisement

Tampil memberi respon, rakan hos iaitu Nabil Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai cara pengacaraan Elly di GV menggangu peserta sebagai sesuatu yang subjektif.

Yang jadikan Elly sebegitu adalah peminat dia yang suka keletah dia.

Menurut Nabil, dia menepis dakwaan tersebut kerana menganggap perhatian yang diberikan kepada Elly itu turut dibantu oleh peminat dan penonton yang banyak berkongsi gelagat rakan hosnya itu di media sosial.

Saya yang ada di situ tetap nampak peserta lebih dapat perhatian. Dia tak overshadow peserta pun. Cuma bila orang upload di media sosial, memanglah nampak dia jadi perhatian.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemilihan Elly sebagai pengganti Jihan Muse di pentas GV telah memberikan suasana baharu kepada program tersebut.

Saya dah buat GV selama sembilan tahun. Sampai terfikir apa lagi yang nak dibuat untuk bantu program ni. Tenaga Elly lain, bagi saya apa saja yang tular  tu bagus untuk program ni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Competition Jadi Rosak.." - Ikut Menari Atas Pentas, Netizen Dakwa Kak Lina 'Kacau' Jaclyn Victor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...