Mengata Melayu Pemalas, Makcik Kemboja & Anak Lelaki Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

Trending

Mengata Melayu Pemalas, Makcik Kemboja & Anak Lelaki Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

Usahawan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini, Mariyah Yaakob, selepas mencetuskan kontroversi gara-gara berkata orang Melayu malas, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka esok.

Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd itu dijangka bakal dituduh bersama anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, yang juga pengarah syarikat tersebut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, polis telah pun merakamkan percakapan ahli perniagaan wanita warga Kemboja berkenaan.

makcik kemboja

Terdahulu Mariyah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November 2023 dan siasatan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Melaka.

Selain usahawan berusia 47 tahun itu, seramai 14 individu turut dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, JSJ negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

makcik kemboja

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Mariyah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun media sosial miliknya selepas dirinya teruk dikritik masyarakat.

1 year ago

'Founder' Kemboja Teruk Dikecam Cakap Melayu Pemalas, Netizen Kata Minta Maaf Pun Muka Riak - "Mulut Celupar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...