Sebelum ini, penyanyi Shiha Zikir ada meluahkan rasa berang kerana dilarang merakam video sewaktu mengambil suntikan dos kedua vaksin COVID-19 sekitar awal bulan Ogos ini.
Rupa-rupanya, ‘amarah’ yang diluahkan Shiha telah membuatkan peminat terbuka hati untuk mengambil dan menyedari kepentingan vaksin tersebut.
View this post on Instagram
Ujar Shiha, ada peminat telah menghantar mesej kepadanya dan memberitahu mereka terbuka hati untuk mendapatkan suntikan pelali tersebut setelah beberapa kali mengelakkan diri daripada mendaftar.
Ramai yang DM saya di Instagram. Rata-rata beri komen positif dan paling membuatkan saya gembira apabila mereka ucap terima kasih kerana pada awalnya mereka takut-takut nak ambil vaksin. Selepas melihat video saya, mereka terus daftar di MySejahtera! Bayangkan selama ini tak pernah terfikir nak daftar, berat hati dan berasa takut.
Menerusi laporan media terdahulu, penyanyi lagu AEWO ini ada meluahkan rasa mara apabila dia dilarang untuk mengambil video dan menjelaskan bahawa tujuannya bukan untuk suka-suka sebaliknya ingin memberikan kesedaran kepada peminat tentang kepentingan mengambil vaksin.
View this post on Instagram
Perkembangan lain, Shiha baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Irama setelah hampir setahun memberikan perhatian kepada bidang lakonan.
Single tersebut kini boleh didengari di semua pelantar digital sejak 20 Ogos yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.