Gara-gara dilarang mengambil video sepanjang proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa berang dan turut mempersoalkan adab petugas kesihatan yang bertugas.
Perkara tersebut dikongsikan Shiha menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana di merasa keliru apabila tidak dibenarkan untuk berbuat demikian sedangkan kerajaan menerusi menteri Khairy Jamaluddin telah membenarkan secara jelas mengenai sebarang rakaman video semasa suntikan vaksin adalah dibenarkan.
View this post on Instagram
Katanya lagi, petugas kesihatan tersebut tidak beradab apabila berkomunikasi dan memberi alasan yang tidak masuk akal ketika melarangnya untuk mengambil video.
@khairykj dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut untuk ambil vaksin. Sekurang-kurangnya beradablah sikit jika nak cakap dengan penerima dan janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor pun.
Ulas Shiha, tiada isu sepatutnya timbul kerana video tersebut boleh dijadikan bahan bukti kepada dua-dua pihak jika berlakunya perkara yang tidak diingini.
View this post on Instagram
Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan bahawa perbuatan merakam video dan mengambil gambar adalah dibenarkan bagi mengelakkan sebarang keraguan berikutan tularnya isu vaksin kosong yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
August 5, 2021 at 12:17 am
doktor dan nurse di ppv ni memang mengada lebuh sudu dari kuah dah KJ ckap boleh amik gmbr n rakam apahal nak songeh pulak kalau kau buat kerja betul apa nak takut kan why so defensive
anonymous
August 5, 2021 at 12:20 am
memang pun hari tu aku telefon nak tanya pasal time walk-in pun bukan main kasar cakapnya kurang ajar,gi mampos la kau
Eh
August 4, 2021 at 2:54 pm
Kau ni obviously tak baca, terus nk comment. Org nk rakam process vaksin tu i case something happens like tak tekan picagari ke ape. Sbb lately byk case sampai kj bagi kebenaran. Kalau takde bukti tu and kau report, diorg boolayankan je.
Anonymous
August 4, 2021 at 10:50 am
doc yg cucuk cakap boleh ambik selfie je, atau gambar dah cucuk tapi x boleh ambik gambar votol vaksin.. aku rasa video pon mungkin x boleh kot
Mak Covid
August 4, 2021 at 11:45 am
Pelik, nak ambik gambar kenapa? Aku mmg tak suka muka aku dirakam tanpa keizinan. Pastu pos kat socmed. Harap ada undang2 mcm europe tak boleh rakam muka orang sesuka hati.
unknown
August 5, 2021 at 5:29 pm
ade guideline kl x silap ak.. yg ak ngat jgn ggu tugasan pegawai berkenaan, jgn melambatkan proses, jgn ambil vid/pic muka pegawai berkenaan, and ada few lg