Akui Terlalu Minat, DS Vida Berhajat Untuk Sunting Aweera

Hiburan

Akui Terlalu Minat, DS Vida Berhajat Untuk Sunting Aweera

Kecoh di media sosial sebelum ini apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada meluahkan hasrat untuk membuka hati jika dijodohkan bersama pelawak Shuib Sepahtu.

Sekali lagi mencuri perhatian peminat, DS Vida menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) semalam khabarnya sedang ‘pening’ memikirkan calon penyanyi atau pelakon lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangannya dalam video muzik lagu terbaharunya nanti.

Advertisement

Ujar Vida, dia sangat meminati penyanyi Aweera dan mengakui sangat teringin untuk bekerjasama dengan finalis program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8.

Saya mencari pasangan lelaki untuk video muzik lagu baharu, kalau boleh tak mahu berstatus suami atau kekasih orang.

Iqbal tidak boleh menjadi pasangan saya. Kami seteru dan bagaimana boleh menjadi pasangan dalam sebuah lagu.

Menjengah ke ruangan komen ketika IG Live tersebut, ada netizen yang berseloroh dengan mencalonkan nama-nama seperti Azwan Ali dan Ebby Yus misalnya.

Maklum Vida lagi, dia sudah menyenaraikan kriteria tertentu yang diperlukan dan tidak semua penyanyi mempunyai ciri-ciri yang didambakan.

Dalam satu hantaran lain, Aweera tampil memberikan respon mengenai pelawaan Vida dan menghargai pujian yang diberikan jutawan kosmetik itu.

Kata Aweera, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam sesebuah karya asalkan memberi kebaikan dan faedah kepada orang lain.

“Allahuakbar! Terima kasih minat nyanyian saya. Saya tak sangka ramai beri sokongan termasuk beliau (Vida). Kalau ada kolaborasi yang boleh dijayakan, mengapa tidak, asalkan beri kebaikan dan faedah kepada semua orang. Insya-Allah.” ujar Aweera ketika ditemui Kosmo Online.

11 bulan lalu

"Kita 'Move On' Saja, Sah Sah Saya Pun Tak Nak Shuib" - Datuk Seri Vida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    January 21, 2022 at 12:55 pm

    Semoga bahagia dsv… Jaga jarak ….

  2. Anonymous

    January 21, 2022 at 11:04 am

    Kesian makcik pompan ne gila nak kawin

  3. Anonymous

    January 21, 2022 at 8:08 am

    sudah2 la tu.. xde kije lain yg lebih berfaedah ke yg bole awk buat.. tumpu je la pd bisnes n ank2… sibok hal2 jantan. x malu ke. Dh byk kalu kene kecam sume pasal jantan. sy pn malu bile berita cmni kua lalu lalang menyakit kn mata

Loading...