“Kita ‘Move On’ Saja, Sah Sah Saya Pun Tak Nak Shuib” – Datuk Seri Vida

Hiburan

“Kita ‘Move On’ Saja, Sah Sah Saya Pun Tak Nak Shuib” – Datuk Seri Vida

Sebelum ini, pelawak Shuib telah memberi respon berkenaan kenyataan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mengakui dia mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Menurut Shuib, tidak mungkin dia dan Datuk Seri Vida atau DSV akan bercinta namun akui selesa berkawan denganya atas urusan bisnes makanan diusahakan bersama ketika ini.

Advertisement

Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi. Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya.”

BACA: “Tak Mungkinlah Saya Bercinta Dengan Vida” – Shuib

Ambil maklum tentang respon dari Shuib, DSV berlapang dada apabila hasrat ingin berjodohan bapa kepada 4 orang anak itu seakan-akan ditolak, lapor Kosmo.

Kata DSV, dia tidak kisah jika hasratnya mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah sebagai isteri dan anak-anak kepada Shuib tidak kesampaian.

Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.”

Dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti yang sesuai bagi mengisi posisi isteri dan anak-anaknya.

Jelasnya lagi, meskipun tidak berjodohan mereka tetap akan menjaga hubungan baik yang telah terjalin memandangkan bisnes tersebut diusahakan bersama.

Malah menurutnya, dia berharap hubungan sebagai kawan tidak menjadi keruh hanya disebabkan oleh isu ini apatah lagi dia mengenali Shuib dengan rapat.

Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.”

DSV turut berkata meskipun tiada insan bergelar suami di dalam hidupnya, dia tetap boleh melakukan dan mencapai banyak perkara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    January 20, 2022 at 8:08 am

    dah termalu lah tu sebab suib tak nak kau LOL

  2. Anonymous

    January 19, 2022 at 2:12 pm

    Adoiii perasan sungguh la ko ni vida oi…

Loading...