Mengaku Minat Adik Rakan, Lelaki Warganegara India Maut Ditikam

Berita

Mengaku Minat Adik Rakan, Lelaki Warganegara India Maut Ditikam

Terbaharu, seorang warganegara berbangsa India dipercayai maut ditikam rakan serumah selepas berlakunya pertengkaran di rumah yang terletak di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson iaitu Supt Aidi Sham Mohamed, selepas menerima panggilan seawal jam 2.30 pagi mengenai insiden yang berlaku, pihak polis bergegas ke rumah terbabit.

Advertisement
Seorang warganegara India maut ditikamSumber : Gambar hiasan  

Dalam pada itu, beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 22 tahun itu bersama rakan serumahnya warga Pakistan tersebut sedang menikmati minuman keras bersama di bilik suspek kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum berlakunya pertengkaran mulut akibat mangsa mengakui minat pada adik suspek.

Difahamkan melalui laporan Astro Awani, mangsa ditikam dengan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.

Aidi Sham memberitahu mangsa difahamkan baru setahun bekerja di sebuah kilang di Port Dickson.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

UK juga perlu disekat perjalannya
2 years ago

Setuju Umrah Ditangguhkan, Tapi Perjalanan Ke UK Juga Perlu Disekat - Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...