Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mengaku Dan Buanglah Ego Itu – Linda Rafar Akui Sudah Tawar Hati

Kemelut rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman masih lagi belum reda, selepas menghnatar borang permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi, Linda yang di temuramah pihak media mengakui merasa trauma dan fobia saat suaminya itu melafazkan cerai secara terburu-buru. Malah, Linda juga mengakui sudah tawar hati dengan Syed Aiman.

Advertisement

Saya binggung dan sedih sebab tidak tahu apa punca sebenarnya. Ketika kejadian saya terpingga-pingga.

Atas nasihat kakak dan ibunya, Linda membuat keputusan unutk mendapatkan pengesahan tersebut meskipun beliau sebelum ini gagal untuk hadir ke mahkamah bagi mendapatkan penjelasan untuk perkara berkenaan.

Berbicara mengenai kenyataan Syed Aiman yang tidak mengaku beliau melafazkan cerai dan memberitahu seakan Linda mereka cerita dek kerana pembawakan budak, penyanyi tersebut meminta agar suaminya bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan jangan cuba untuk berselindung daripada hakikat yang sebenar.

Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan terbaik. Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya mereka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku.

Sedang hamil  3 bulan, Linda nampaknya sudah jauh hati dan lebih rela untuk tidak bersama suaminya semula jika lafaz cerai yang dilakukan itu tidak sah.

Linda tidak pernah sangka semua ini akan terjadi lebih-lebih lagi beliau baru sahaja kehilangan anak dan sedang hamil.

Saya fobia anda ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dan saya rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami.

Wanita ini dikurniakan dengan penuh rasa sabar dalam hati, tetapi jika sekali ia sudah terluka memang susah untuk orang lelaki pujuk. Lagipun, wanita mana yang tidak rasa sakit dan peritnya apabila suami mereka melafazkan talak lebih-lebih lagi apabila mereka sedang mengandung. Kepada Linda Rafar, harap anda bertabah dan InshaAllah pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top