Written by Bella | September 9th, 2015

Susulan daripada lafaz cerai yang dilakukan oleh Syed Aiman terhadap isterinya Linda Rafar pada pagi semalam, kedua-kedua mereka sepatutnya hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada hari ini untuk mengesahkan lafaz tersebut.

Walaubagaimanapun, sehingga tengah hari ini kelibat Linda mahupun Syed Aiman tidak kelihatan di mahkamah bagi kes berkenaan.

Berbicara mengenai lafaz tersebut, Linda menjelaskan beliau masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi. Kekecewaan beliau tidak dapat disembunyikan lagi apabila Syed Aiman bersikap terburu-buru dalam melafazkan cerai dan kemudian ingin menariknya kembali.

Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti. Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.

Pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman mendirikan rumah tanggga pada 2 Disember 2006. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq. Linda juga sedang hamil anak ketiga mereka yang kandungannya baru memasuki usia 3 bulan.

Sumber Berita: Berita Harian

13 responses to Linda Rafar & Syed Aiman Gagal Hadir Ke Mahkamah Hari Ini

  1. doakan yg baik says:

    harap ade brita baik lps ni..Amin Ya Allah

    0

    0
    • amoi says:

      Fasa-fasa perkahwinan..Aku pnh dgr org dulu2 punya pendpt,

      Fasa 1, 5 thn dlm perkahwinan mungkin ALLAH uji dari segi kewangan, kesetiaan ataupun hbgan kita dgn family… Time ni juga laaa datang ujian macam2..nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua lah, nak mula hidup duit x berapa nak ada, bagi masih xda anak, kena pekakkan telinga pulak bila orang duk asyik tanya…memang fasa ni sangat gila dugaan, kena banyak berbincang, toleransi, bab bergaduh tu memang ada..kan?

      Fasa 2, 10 tahun, tapi ada 1 fasa tu ramai yang kata si suami akan jadi ‘gatai’ lebih skit…mebi lebih menjurus di dalam fasa perjalanan idup kot.. :P x taw lah betul ke x..

      Fasa 3, 15 tahun, hidup kita mebi lebih simple tapi stabil lah…

      so linda, sabar banyak2…Harap dpt berbaik semula yer…Allah nak uji…samada ko n somi atau x…so bincang elok2…xyah la ceraiberai ni…hadeh..

      0

      0
      • MoralSupport says:

        Sgt sgt betul…mmg begitulah dugaan rumahtangga…bila dah survive 10 years…insha’Allah dipermudahkan..Sabar ya Linda

        0

        0
  2. Mereput says:

    bwk berbincang, jgn cepat melatah, x perlu publish and war2 kan.. selesaikan hal2 dalam rumah tu dl.. kami mendoakan jodoh kalian berdua masih kuat dan utuh hingga ke jannah..

    0

    0
  3. zaza says:

    syed aiman nmpk ketara dia punya “aging” kt muka dia.. xmcm zmn muda dulu
    kuat merokok mungkin.

    0

    0
  4. minah jambu says:

    ok kalau gitu u cerai aje lah ngan laki u ! u tak salah pe ! laki u yg terburu2 nk ceraikn u dengan tkde usul periksa ! nanti di lain kali laki u mesti sebot perkataan cerai lagi ngan u pasal dia dh terbiasa dngan perkataan exlusive tu..satu kali dh sebot itu perkataan cerai mesti ada kali yg kedua nye…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    itulah masalahnya klu tak dpt control amarahnya. mentang2 kuasa talak kat tangan laki. teringat drama apakah tv 2 yg syed aiman ni berlakon dgn memey n beego. ada adegan tu syed ni bergaduh dgn memey (watak isteri dia) sampaikan lafazkan cerai lps tu tak sampai 2 saat dia menyesal dan pujuk2 lah si memey ni. tp memey tak nak trs keluar dr rmh. rs2nya lbh krng mcm tu lah kot keadaan syed ni msa dia lafazkan cerai kat linda. kesian linda

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kalau sebut cerai masa mengandung tidak jatuh talak … harap mereka rujuk kepada orang-orang yang arif.. Lagi satu, jika suami menyebut perkataan cerai dalam keadaan yang MARAH dan juga haruslah di tanya suami itu jika dia benar-benar berniat untuk bercerai (sila rujuk juga dengan pihak yang arif, kerana pernah terjadi di zaman Rasulullah).. Harap mereka bersabar dan bertenang bawa berbincang dengan pihak yang berkenaan.. kerana sesungguhnya perkahwinan itu terlalu banyak dugaannya kerana syaitan sentiasa berusaha untuk memisahkan pasangan yang halal dan supaya mereka melakukan kerosakkan..

    0

    0
    • Bunga says:

      Talak jatuh walaupun isteri sdg mengandung cuma edahnya sehinga melahirkn bb.

      jika lafaz cerainya jelas,tidak perlu kepada niat,jatuhla die..jika tidak jelas barulah tgk kpd niat sang suami..

      jika suami lafaz rujuk,maka tidak perlu kpd persetujuan isteri,jika dilafaz rujuk semasa edah,jadilah suami isteri kembali..

      0

      0
  7. jah says:

    sk tgk handsome couple ni…plz jgn cerai

    0

    0
  8. jija says:

    dah cerai, dok melayan kata2 org kat IG, lagi la stress. Mula la maki org tu bodo la, bangang la. Dok diam2, doa byk. Ni tak, dok habis masa layan bersoal jawab dgn org..katanya demam sbb terkejut, pirahhhh, Sbb tu tak ke mahkamah.

    0

    0
    • jija says:

      letak status gbr dgn big bos, bila org komen baru nak edit (abg kandung). Lps tu meroyan marah org tu org ni. Org yg tak tau tu mengutuk bkn main tunjuk simpati kat retis ni.

      0

      0