Mengaku Bagi Dadah Morfin Pada Anak Saudara Hingga Kritikal, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

Berita

Mengaku Bagi Dadah Morfin Pada Anak Saudara Hingga Kritikal, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

Mengaku bersalah memberi dadah kepada anak saudara berumur tiga tahun hingga kritikal, Mahkamah Sesyen membuat keputusan bapa saudara akan dipenjara selama tiga tahun.

Di samping itu, pelaku yang bernama Mohd Shahrizuan Alias akan turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3000 serta melakukan khidmat masyarakat selama 180 jam.

Advertisement

Melalui pertuduhan, sebagai seseorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun sembilan bulan terbabit, dia didakwa telah mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang bahaya untuk badannya.

bapa saudara bagi dadah pada anak saudara

Melalui laporan Berita Harian, dadah yang diberikan merupakan jenis methamphetamine dan morfin hingga membuatkan anaknya yang merupakan mangsa mengalami drug toxicity.

Kerana didapati bersalah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda hukuman RM50000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

anak lima tahun diberi dadah
3 years ago

"Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal" - Ibu Sangka Lemas, Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...