“Menceritakan Buruk Orang Lain Adalah Salah..” – Ustaz Don Ulas Isu Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Kehidupan

“Menceritakan Buruk Orang Lain Adalah Salah..” – Ustaz Don Ulas Isu Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga selebriti Malaysia sering menjadi bualan netizen di media sosial lagi-lagi jika isu tersebut berkaitan curang. Namun, Ustaz Don berpendapat, trend expose aib orang lain ini adalah berdosa di sisi agama Islam.

Larangan sebar aib suami isteri

Berdasarkan ulasan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal, dia menjelaskan perkara ini melalui sebuah cerita tentang pasangan suami isteri untuk lebih mudah difahami.

Advertisement

Ada seorang suami, hadir ke mahkamah untuk menyebut lafaz cerai terhadap isterinya. Sebelum menceraikan isteri, ada orang bertanya apa yang telah dilakukan isterinya sehingga menyebabkan mereka bercerai?

 

Tapi suami ini kata, maaf, saya tidak boleh jawab soalan yang ditanya kerana menceritakan aib isteri dimarahi Allah.

Selepas lelaki tersebut sudah melafazkan cerai, sekali lagi dia ditanya soalan yang sama memandangkan wanita itu bukan lagi isterinya.

Tapi lelaki itu jawab, maafkan saya menceritakan buruk orang lain kepada orang lain adalah salah dalam Islam.

@beautifulnara Hampir 30% rahsia rakyat Malaysia ada dalam tangan Sarah Yasmine. #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Beautifulnara.com

Ada kebaikan media sosial

Namun begitu, pengacara program bual bicara Malam Ini Ustaz Don itu tidak menafikan kegunaan positif media sosial ini sekiranya digunakan untuk tujuan yang betul.

Sebagai pengguna harus ingat bahawa tujuan asal hantaran dibuat adalah untuk minta pandangan dari orang lain, bukannya minta orang lain buat keputusan untuk kita.

 

Ramai orang kehilangan pasangan yang baik kerana ambil nasihat daripada orang yang salah. Jika anda seorang yang sukar buat keputusan, jangan tanya di media sosial. Mungkin orang yang beri nasihat itu belum ada pengalaman berkahwin pun.

Tambah Ustaz Don, individu perlu tahu cara yang betul untuk menggunakan media sosial dan harus bersedia menerima respon daripada netizen yang mungkin berlainan pandangan.

Sarah yasmine
1 week ago

"Kalau Kau Pakai Mask Pun Aku Kenal Lah, Perempuan Fake!" - Sarah Yasmine Bakal Dedah Identiti Wanita Naik Bas Dengan Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...