“Kalau Kau Pakai Mask Pun Aku Kenal Lah, Perempuan Fake!” – Sarah Yasmine Bakal Dedah Identiti Wanita Naik Bas Dengan Aliff Aziz

Trending

“Kalau Kau Pakai Mask Pun Aku Kenal Lah, Perempuan Fake!” – Sarah Yasmine Bakal Dedah Identiti Wanita Naik Bas Dengan Aliff Aziz

Teman wanita Aliff Aziz, Sarah Yasmine berkata dia bakal mendedahkan siapakah wanita yang dirakam menaiki bas bersama pelakon itu ketika berada di Singapura.

Maklum Sarah, dia mengetahui siapakah wanita misteri itu meskipun memakai topi dan kaca mata bagi mengaburi mata orang ramai.

Advertisement

Malah, dia juga menggelarkan wanita itu sebagai ‘fake’ dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan kepada umum.

Perempuan tu pandai pula pakai topi, pakai cermin mata. Tak payah pakai topi, cermin mata… aku bongkarkan jugak kau nanti.  Kau pakai masak pun aku kenal lah. Perempuan terpaling fake terhadap saya dan Bella. Tapi sanggup pula ya dia naik bas.

Perkara itu dimaklumkan Sarah menerusi satu video TikTok yang dimuat naik kembali oleh seorang individu.

Jelasnya lagi, wanita itu juga turut dikenali Bella dan tidak takut dengan aktres itu sebaliknya takut akan dirinya.

Kalau saya beritahu Bella ni, Bella terus WhatsApp dia. Jujur saya cakap, perempuan ni tak takut dengan Bella tapi takut dengan saya. Macam mana dia boleh jadi fake towards me and Bella?

Sebelum ini, Sarah Yasmine menjadi bahan bualan netizen gara-gara pendedahan demi pendedahannya mengenai skandal serta perangai beberapa selebriti yang lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Emma Maembong dan Chacha Maembong sekaligus mengejutkan ramai pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haneesya
1 week ago

"Jangan Petik-Petik Nama Aku.." - Haneesya Hanee Tiada Sebarang Hubungan, Wanita Dalam Bas Bersama Aliff Bukan Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...