Tular di media sosial, video memaparkan beberapa pekerja yang berdepan detik cemas apabila sebuah gondola dinaiki mereka ‘terbuai’ dan berpusing-pusing beberapa minit di udara akibat angin kencang.
Menerusi video tersebut, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dan berpaut pada gondola yang turut menghentam struktur bangunan.
Menurut lapran Utusan, kejadian berlaku di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Junain Bahau, sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi, kejadian sudah selesai tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.
#KL workers in gondola hit by strong winds pic.twitter.com/jfLVCSWS8q
— EPIC VIDEO STATION (@jackycheok) February 22, 2022
Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mangsa yang didapati tersangkut di dalam gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.
Jelasnya, tiada operasi menyelamat dijalankan pihak bomba dalam kejadian tersebut dan kes dianggap selesai.