“Menantu Kalini Tak B*ngsat”- Cef Wan Senang Hati Dengan Menantu Baru, Siap Nak Belanja Sofa Baru

Hiburan

“Menantu Kalini Tak B*ngsat”- Cef Wan Senang Hati Dengan Menantu Baru, Siap Nak Belanja Sofa Baru

Rasanya semua sedia maklum mengenai kehadiran menantu lelaki baharu dalam keluarga tukang masak terkenal negara, Cef Wan.

Sebelum ini, anak perempuan Cef Wan iaitu Serina telah bernikah di luar pengetahuannya dengan seorang pegawai polis iaitu Meor Mohammad Aidid dan bergelar isteri kedua.

Advertisement

Namun begitu, Serina menafikan statusnya sebagai isteri kedua dan memaklumkan bahawa suaminya itu sudah pun menceraikan isteri pertamanya selain turut menepis dakwaan mereka berdua bernikah di Thailand.

Menerusi sebuah hantaran terkini Cef Wan di Instagram, figura yang terkenal dengan mulut lantangnya itu memaklumkan bahawa dia berasa senang hati dengan suami baru Serina.

Tambah Cef Wan lagi, dia juga telah memberikan sejumlah wang untuk membantu pasangan itu menyiapkan dapur selain membelikan sofa baru untuk ruang tamu.

Puji Cef Wan lagi, Meor juga tidak sombong dan seorang yang peramah.

Menantu kali ini tak b*ngsat, senang nak di ajak berbicara. Not and arrogant or as orang putih kata a d*ck head!

Katanya lagi, dia memang seorang yang pemurah namun bersikap tegas dengan orang yang biadap terhadap dirinya.

“Saya jenis always generous and giving. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadap. Nanti saya tahu nak ajar manusia manusia macam tu.” ujarnya lagi.

Syikin Maembong saman Chef Wan
2 years ago

"Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” - Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...