Pelakon yang dahulunya pernah mencetuskan kontroversi, Alya Iman berkata dia sangat merindui untuk kembali ke set penggambaran setelah sekian lama terhenti akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini.
Malah, ujar Alya, dia sering menangsi kerana terlalu rindu untuk bekerja namun menolak tepi perasaannya itu dalam memastikan dirinya kekal positif.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diluahkan anak kepada pelakon popular Allahyarham Azmil Mustapha menerusi Instagramnya, baru-baru ini.
Hati ni sedih sangat rindu nak masuk set, ingat lagi ke tak ni nak berlakon kadang-kadang terdiam tengok dinding menangis je, tapi tak boleh nak menangis lama-lama kena cuba positif.
Dia dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai agar terus berdoa dan sentiasa menjaga diri dalam menghadapi saat sukar pada ketika ini.
View this post on Instagram
Alya juga sempat berkongsikan sedutan drama terbaharu lakonanannya yang berjudul Seram Tak Seram yang diterbitkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
August 18, 2021 at 9:32 pm
Gigi shark..
brunes
August 18, 2021 at 4:51 pm
tengok muka dia automatically teringat ek sugar deddy yg gemuk tu.. tengok muka current bf dia terjudge aku dia ni memang suka cari balak dot… dot… dot…. ……….. ke?