Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Selepas Dia Meninggal Saya Tak Tahu Apa Sebenarnya Kehidupan” – Alya Iman Akui Hilang Arah Selepas Kehilangan Bapa

Terkenangkan pemergian bapanya pelakon popular di era 80-an iaitu Allahyarham Azmin Mustapha yang meninggal dunia dua tahun lalu, pelakon baharu Alya Iman zahir rasa sedih.

Advertisement

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, Alya mengakui kehilangan itu seakan memberi impak yang mendalam terhadapnya.

Malah, dedahnya lagi, beliau seperti hilang arah kerana selama 17 tahun beliau hidup bersama bapanya dan insan itu juga merupakan antara individu terdekat yang berada di sisinya melalui kesusahan bersama.

“Saya kehilangan kekuatan saya pada dua tahun lalu, dia satu satunya penyebab saya jalani hidup setiap hari. 17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya. Bagi saya kehidupan hanya bekerja keras untuk dia dan menyediakan apa yang saya mampu. Tapi selepas dia meninggalkan kita, saya tidak tahu apa sebenarnya kehidupan sehingga hari ini.”

Dalam pada itu, pelakon yang pernah dihimpit kontroversi merampas suami orang itu juga khabarnya tetap berpegang pada pesanan bapanya yang mengajarnya agar sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Allah.

“Dia mengajar saya bahawa Allah akan sentiasa ada untuk anda melalui semuanya kalau anda setiasa percaya kepada-Nya. Hari Ini sepatutnya usia dia sudah mencecah 67 tahun kalau dia masih hidup, saya terlalu rindukannya.”

Terdahulu, nama Alya mula menjadi bualan hangat netizen apabila beliau khabarnya menjadi punca rumah tangga seorang usahawan hampir musnah gara-gara mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Abg 8inci

    November 3, 2020 at 11:42 am

    hilang arah smpi jadi escort ye?
    kalau abg kaya, konfem adik nk jugak kan

  2. baka

    November 2, 2020 at 2:49 pm

    eh ridhwan, ko buat keja betul2 sikit boleh tak? jangan makan gaji buta cut & paste je. bapak dia arwah azmil mustapha. azmin tu abang diva AA. eh pemalas betul la buat keja cut & paste tak reti nak proofread.

  3. Anonymous

    November 2, 2020 at 1:49 pm

    mulut ko rabak kot

  4. Anonymous

    November 2, 2020 at 12:02 pm

    hidung ngn mult dia mcm sumbing

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top