Menang Besar Di GMWA! Influencer Hafiz Mahamad Bagi 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Cuti Sehari

Kehidupan

Menang Besar Di GMWA! Influencer Hafiz Mahamad Bagi 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Cuti Sehari

Meraih undian tertinggi, edisi pertama penganjuran Gempak Most Wanted 2023 (GMWA) telah menyaksikan Instafamous Hafiz Mahamad membawa pulang trofi utama.

Acara yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam, semalam turut menyaksi Hafiz mengambil trofi Digital Influencer Tergempak.

Advertisement

Tidak sangka serta terharu berjaya meraih kemenangan tersebut, influencer terbabit memberitahu bakal memberi sehari cuti dan sebulan bonus di mana jumlahnya dianggar dalam RM300,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sejak awal tercalon, staf antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya.

Dalam pada masa yang sama, Hafiz memberitahu kepada pihak mStar bahawa bonus itu juga sebagai balasan kerja keras stafnya selama ini.

Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan dengan pemenang dipilih secara atas talian tidak termasuk anugerah khas.

Bahkan, GMWA turut dimeriahkan lagi dengan barisan pengacaran hebat seperti Sean Lee, Amelia Henderson, Elly Mazlien serta Radin.

2 years ago

"Mana Nak Dapat Boss Macamni?" - Hargai Jasa Pekerja, Hafiz Mahamad Taja 120 Staf Tunaikan Umrah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...