“Mana Nak Dapat Boss Macamni?” – Hargai Jasa Pekerja, Hafiz Mahamad Taja 120 Staf Tunaikan Umrah

Kehidupan

“Mana Nak Dapat Boss Macamni?” – Hargai Jasa Pekerja, Hafiz Mahamad Taja 120 Staf Tunaikan Umrah

Baru-baru ini, viral di media sosial Instagram mengenai sebuah hantaran video oleh usahawan terkenal, Hafiz Mahamad yang membuat kejutan kepada 120 staf pekerjanya dengan memberikan mereka pakej mengerjakan umrah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat staf-staf pekerja yang tidak dapat menahan sebak kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menunaikan umrah dan ditaja sepenuhnya oleh majikan mereka.

Advertisement

Malah, ada juga staf yang baru sahaja bekerja tidak sampai sebulan turut dibawa bersama menunaikan umrah pada Januari tahun hadapan.

Menurut Hafiz, dia turut berasa agak sebak ketika ingin mengumumkan berita gembira itu kepada pekerja kerana menganggap tangisan dan senyuman mereka teramat berharga baginya.

Dari awal niaga dulu, saya nak selesaikan ini dulu. Teringin sangat nak hantar mereka ke Bumi Allah!

Jelasnya lagi, dia tiak kisah tentang pangkat atau tahap pencapaian mereka, malah lebih mementingakan semangat sepasukan dan menjaga kebajikan sesama mereka.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai dan rata-rata mereka memuji cara usahawan itu menjadi majikan yang baik dan menghargai usaha pekerjanya.

Mana nak dapat boss macam ni – Netizen.

Seronoknya dapat boss macam abang hafiz ni, mulia betul hati diorang laki bini,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"B*bi Lagi Prihatin Daripada Dia" - Suami Tinggalkan Isteri Dalam Hutan Lepas Kena Strok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. staff baik

    August 16, 2022 at 11:09 am

    boss yang baik memang ade..cuma aku je belum ade rezeki nk jumpa..19 tahun bekerja dengan mcm2 boss..setakat ni belum jumpa lagi boss baik..berbahagialah korang yg dapat boss baik…berkhidmat la dengan baik dan ikhlas..sebab tempat korang ramai yg teringin nk isi..huhuhu…

  2. Leylla Elskens

    August 15, 2022 at 9:46 pm

    Allah…bagusnya dpt majikan mcm ni..sebak..tumpang happy semua?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini