Meraih undian tertinggi, edisi pertama penganjuran Gempak Most Wanted 2023 (GMWA) telah menyaksikan Instafamous Hafiz Mahamad membawa pulang trofi utama.
Acara yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam, semalam turut menyaksi Hafiz mengambil trofi Digital Influencer Tergempak.
Tidak sangka serta terharu berjaya meraih kemenangan tersebut, influencer terbabit memberitahu bakal memberi sehari cuti dan sebulan bonus di mana jumlahnya dianggar dalam RM300,000.
View this post on Instagram
Sejak awal tercalon, staf antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya.
Dalam pada masa yang sama, Hafiz memberitahu kepada pihak mStar bahawa bonus itu juga sebagai balasan kerja keras stafnya selama ini.
Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan dengan pemenang dipilih secara atas talian tidak termasuk anugerah khas.
Bahkan, GMWA turut dimeriahkan lagi dengan barisan pengacaran hebat seperti Sean Lee, Amelia Henderson, Elly Mazlien serta Radin.