“Memualkan, Sangat Laparkan Populariti!” – Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok ‘Hujan’ Iqbal

Hiburan

“Memualkan, Sangat Laparkan Populariti!” – Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok ‘Hujan’ Iqbal

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya tampil memberi respon mengenai lagu terbaru bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dilancarkan laman Youtube pada hari Isnin lalu.

Iqbal Zulkefli
1 bulan lalu

Berkonsepkan Antarabangsa, Poster Lagu Hujan Iqbal Zulkefli Cecah Kos Seunit Honda Civic, Woow!

Advertisement

Ujar DS Vida, dia berasa mual dengan tindakan bekas pembantu peribadinya itu yang dilihat sangat gilakan populariti sehingga sanggup menjadikan modal ‘kahwin tak jadi’ mereka sebagai jalan cerita lagu berjudul Hujan itu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman,50, berkata Iqbal seolah-olah terlalu ‘try hard’ dan ‘laparkan’ perhatian untuk menjadi popular.

Advertisement

Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami..try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis. Dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.

Diimbas kembali, terdapat babak dalam lagu tersebut di mana Iqbal dan model wanita yang disamakan dengan DS Vida oleh netizen terpaksa melupakan hasrat mereka sebelum ini untuk berkahwin kerana tidak direstui anak-anak usahawan itu.

MV HujanSumber : YouTube Rusa Music  

Dalam pada itu, DS Vida sempat mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana dia telah berjaya meraih populariti singkat hanya dengan menjaja kisah cinta antara mereka.

Sebenarnya kekuatan pada lagu ini adalah MV yang sangat kreatif. Itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam pondan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.

“Kalah cerita tamil..” ujar DS Vida lagi.

Sekadar info, single Hujan nyanyian Iqbal merupakan hasil ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi dan Eric Fuzi daripada kumpulan Floor88.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    November 3, 2021 at 12:25 pm

    sm je ngn ko… dua2 x tau malu

  2. tecit

    November 3, 2021 at 9:04 am

    dato vida ni dlu time nak pujuk iqbal siap buat video doa2 lah, nanges2 lahh, pastu siap mengaku kot die mmg campak slipar kt iqbal. bile dah gini ckp meluat menyampah plakk. dasar lalang hati cpt berubah. patotla iqbal xcaye kt kau. ubah statement sekelip mate je. mmg xboleh dipercayai kau ni. kesian iqbal jd kau punye patong je. dikawal oleh vida. tu pon nasib baik model dlm tu die amik yg muda n lawo. klu die amik yg same tuo dgn ko haaa baru padan muko.

  3. cerita lain please

    November 3, 2021 at 4:41 am

    sudah2lah cerita 2 makhluk ni. bosan la. buatlah publisiti murahan macam mana pon, i will never watch their video / support both of them. cerita xde faedah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...