Siapa sangka mimpi didatangi lelaki kacak setiap kali tidur adalah petanda seorang wanita di TikTok ini diganggu mahkluk halus.
Difahamkan kejadian pelik mula berlaku pada tahun 2008 dimana ketika itu wanita terbabit masih belasan tahun apabila di dalam mimpi, seorang lelaki kacak bertemu dengannya tetapi tidak bercakap apa-apa.
Mimpi yang sama berulang kali dan dia akui pernah melakukan adegan ‘hubungan badan’ hingga pernah alami mimpi basah.
Disangka mimpi itu bakal berakhir tetapi biarpun sudah berkahwin, wanita yang mesra dikenali sebagai Echa itu berkata mimpi itu berterusan.
Bahkan lagi teruk kerana suami dan anak ‘diganggu’ hingga tandas mereka turut mengeluarkan bau busuk serta ulat kecil muncul di ruang tamu.
Echa memanggil perawat Islam untuk merawat dirinya dan sewaktu dirawat, jin yang sudah berhubung dengan wanita terbabit bertahun-tahun berasa sedih untuk melepaskannya.
Masa muda-muda aku suka sangat tidur pakai baju terdedah.
Ustaz terbabit membantu Echa dengan merukyahkannya hingga hati wanita terbabit benar-benar kosong dan bebas dari genggaman jin tersebut.