“Memang Saya Terkejut” – Dr Che Hafiz Tak Sangka Lufya Omar Tuntut Mut’ah Cecah RM1 Juta

Hiburan

“Memang Saya Terkejut” – Dr Che Hafiz Tak Sangka Lufya Omar Tuntut Mut’ah Cecah RM1 Juta

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Che Muhammad Hafiz memaklumkan ada menerima notis tuntutan Mut’ah daripada bekas isterinya itu sebanyak RM1 juta.

Tuntutan itu diterima Hafiz setelah dia dan aktres tersebut bercerai tiga tahun yang lalu.

Advertisement
Che hafiz lufya omarSumber : Oh Bulan!  

Dia yang kini bergelar suami kepada pelakon Julia Farhana itu walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal tuntutan yang dibuat Lufya pada Oktober tahun lalu.

Namun begitu, dia mengakui merasa terkejut dengan apa yang terjadi namun mendoakan yang terbaik selain mengharapkan segala urusan dipermudahkan Allah S.W.T.

Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Hafiz, Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan yang dibuat Lufya berjumlah RM1 juta.

Manakala Lufya yang turut kelihatan pada hari sebutan kes dilihat sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Sekadar info, Lufya telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 5 tahun.

Mereka kemudian bercerai pada 17 Jun 2020 sebelum Che Muhammad Hafiz berkahwin kali kedua dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022 setelah tiga tahun menduda.

Janna nick dini
2 years ago

"Harap Betul Lah.." - Netizen Syak Dini Schatzmann Dah Kahwin Dengan Janna Nick, Ramai Tak Sabar Tunggu 'Pengumuman'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...