“Harap Betul Lah..” – Netizen Syak Dini Schatzmann Dah Kahwin Dengan Janna Nick, Ramai Tak Sabar Tunggu ‘Pengumuman’

Hiburan

“Harap Betul Lah..” – Netizen Syak Dini Schatzmann Dah Kahwin Dengan Janna Nick, Ramai Tak Sabar Tunggu ‘Pengumuman’

Baru-baru ini, pelakon Dini Schatzmann memaklumkan bahawa dia akan memberi penjelasan tentang tanda tanya yang berbangkit mengenai hubungannya bersama pelakon dan penyanyi Janna Nick.

Menurut Dini ketika ditemui Kosmo Online, berita yang bakal diumumkan itu adalah sesuatu yang besar antara dia dan juga Janna kerana melibatkan hal peribadi mereka berdua.

Advertisement

Pengumuman itu nanti melibatkan hal peribadi kami. Saya akan kongsikannya nanti.

Dini juga menegaskan bahawa dia dan Janna tidak pernah bergaduh seperti dakwaan sesetengah pihak.

Saya dengan Janna baik. Kami tak pernah tak baik. Kalau tanya status antara saya dengan dia, kami tidak boleh beritahu apa-apa jawapan.

Menjengah ke ruangan komen sebuah hantaran Forum, ramai yang menjangkakan bahawa Dini akan mengumumkan bahawa dia sudah bernikah dengan kekasihnya itu.

ForumSumber : Forum  

Malah, ada yang mendakwa pasangan itu sebenarnya telah pun berumah tangga dan sedang menantikan cahaya mata pula!

Apa-apa pun, kita nantikan saja pengumuman rasmi daripada tuan badan.

janna nick ajl37
1 year ago

"Cari Penyakit Kau Ni!" - Baju Warna Kulit Undang Perhatian, Netizen 'Mengucap' Tengok Busana Janna Nick Di AJL37

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Forum CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...