Dr Maszlee Malik baru-baru ini teruk dikecam netizen selepas muncul di dalam sebuah drama bersiri Kudeta gara-gara dialog yang disebutnya.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, dia memegang watak sebagai bekas perdana menteri yang dipenjarakan namun bukan itu yang menjadi perhatian.
Sebaliknya, netizen mengkritik Dr Maszlee kerana dialog yang disebutnya kasar serta berunsur lucah ketika dalam satu babak bersama pelakon jelita, Vanidah Imran.
Memang patut pun Usop cari ‘apam’ yang lebih basah.”
Dr Maszlee seorang mantan pensyarah berkelulusan BA, MA syariah dan PhD politik, mantan AJK Fatwa, tokoh pemikir IKRAM, thinktank penubuhan AMANAH dan mantan Menteri Pendidikan.
Sepatutnya dia tahu limitasi hukum yang mana boleh dan tidak boleh. Berdialog lucah sebegini ???? pic.twitter.com/B0VMRRrEgZ
— ??????? ???????? © ??? (@RMalanjum) January 28, 2023
Buat permohonan maaf
Menyedari dia dikritik ramai penonton, Dr Maszlee tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Facebook peribadinya.
Katanya, dia meminta maaf terutamanya kepada kaum wanita dan mengakui kesilapannya membawa watak tersebut yang menggunakan perkataan tidak senonoh.
Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya …”
Dalam pada itu, ramai yang berterima kasih kepadanya kerana memohon maaf dan turut memuji bekas Menteri Pendidikan itu kerana mengakui kekhilafannya serta menerima teguran dengan baik.
Segelintir netizen berpendapat ia tidak sepatutnya jadi isu dan bukan pelakon yang perlu meminta maaf sebaliknya pengkarya seperti pengarah atau penulis skrip.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.