Kecoh di media sosial malam tadi apabila berita mengenai kehilangan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun menjadi tular setelah ibunya ada menghebahkan bahawa anaknya itu tidak ditemui di kawasan sekolah kerana tiba lewat untuk mengambilnya.
Berikutan penularan berita tersebut, kanak-kanak bernama Sofia Raniya itu akhirnya ditemui tidak kurang dari 24 jam setelah dia dilaporkan hilang.
Sofia Raniya telah ditemui!!!!! ???? pic.twitter.com/VV9soYNbdh
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) March 30, 2022
Pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras yang telah memulakan operasi mencari secara giat itu akhirnya menjumpai kanak-kanak itu di Holmes sekitar jam 9.22 malam sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya.
Rata-rata warga maya turut menarik nafas lega dengan penemuan kembali Sofia dan turut memuji tindakan pantas pihak polis selain warga maya yang turut sama-sama menghebahkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu.
Pada awalnya, kehilangan adik Sofia dikatakan berpunca akibat tersilap menaiki bas namun si ibu iaitu Ryana Mohd Nor menafikan dakwaan tersebut kerana mereka sekeluarga tidak pernah menggunakan mana-mana perkhidmatan bas sekolah.
![Twitter](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/03/31141926/FPI8718aQAEngPv.jpg)
Tambah Ryana lagi, memang ada cubaan menculik Sofia kerana anaknya itu dikatakan telah diminta oleh seorang lelaki misteri untuk menaiki van sebelum meninggalkan si kecil itu di sebuah pangsapuri.
Berhati-hati ya guys…