February 17th, 2011

melodi

Akhirnya Melodi cuba melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan. Setelah memulakan pergaduhan di antara Safura dan Ifa Raziah, Melodi kini ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan mereka berdua. Satu langkah yang baik dan perlu dipuji. Kata penerbit rancangan Melodi:-

[note]Memang betul kami ada perancangan untuk mendamaikan mereka. Tujuan kami buat sedemikian adalah untuk menghapuskan sengketa lama di antara mereka berdua agar ianya tidak akan lagi berterusan. Lagipun dah lama mereka bersengketa jadi apa salahnya kita mendamaikannya. [/note]

Abang Nara suka sangat dengan langkah yang akan diambil oleh pihak Melodi ini. Ifa Raziah sudah pun dihubungi dan bersetuju untuk berdamai. Cuma menunggu kata putus dari Safura pulak. Harap-harap tak ada kontroversi yang akan timbul lagi. Selalunya Melodi punya editing menyebabkan satu perkara yang biasa pun boleh menjadi isu besar. Semoga kali ini tak ada isu yang akan ditimbulkan lagi.

[note]Ini bukan untuk mencari perhatian dan sebagainya tapi untuk masa depan industri seni juga. Biarlah perkara ini menjadi tauladan kepada yang lain dan saya harap sangat semuanya dapat dipulihkan dengan baik. Kalau bukan Melodi, saya juga tak kisah kalau ada pihak media lain yang dapat mendamaikan mereka. [/note]

Mungkin pihak Melodi boleh buat satu segmen baru yang diberi nama “Damailah Engkau Di Sini”. Cari mana-mana artis yang dah lama bergaduh dan baikkan balik mereka berdua. Kalau selama ini Melodi selalu gaduhkan orang, apa kata kali ini baikkan pulak orang dalam segmen ini. Menarik tak idea Abang Nara nie? Apa pendapat korang?

P.S: Mana semangat 1Malaysia kita? Ada ke patut rakam video macam ini?


Comments are closed.

Loading...