November 15th, 2017

Sejak dua hari lepas, perbualan Ayda Jebat dengan peminatnya di Instagram telah menjadi viral kerana kenyataan Ayda yang membuat telahan bahawa lagu Mata yang dinyanyikannya di peringkat separuh akhir AJL32 mungkin tidak layak ke akhir kerana ‘juri tidak sukakannya’.

Ia menyebabkan dia menerima reaksi negatif Netizen yang menganggap kenyataan itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Kepada Harian Metro, Ayda menyatakan bahawa isu itu sebenarnya tidak perlu diperbesarkan.

Isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya sekadar meluahkan perasaan kecewa termasuk ingin tahu kriteria pemilihan sesuatu lagu itu untuk melayakkannya bertanding di AJL.

Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah. Jika betul, saya boleh perbaiki kelemahan itu pada masa akan datang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ayda memberitahu dia bukanlah mempertikaikan keputusan juri, sebaliknya hanya inginkan penjelasan mengapa lagunya tidak sebaris dengan 12 lagi yang telah layak. Ini kerana dia ingin memperbaiki lagu dan persembahannya di masa akan datang.

Dalam pada itu, ketua juri AJL32, Datuk Mokhzani Ismail ketika dihubungi berkata, Mata tidak dipilih kerana melodi dan hala tuju lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda itu tidak begitu kuat.

Saya bersama lima lagi juri profesional lain mencapai kata sepakat tidak memilih lagu itu kerana kekuatan melodi yang belum layak untuk dipertandingkan di AJL.

Kami tidak menganggap Mata tak bagus, cuma kekuatan melodinya saja tidak kuat seperti 12 lagu yang dipilih daripada pelbagai genre muzik.

Katanya, lagu dinilai berdasarkan 40 peratus melodi, 20 peratus lirik, 20 peratus penerimaan khalayak dan pendengar manakala 20 peratus lagi menerusi persembahan.

Saya tahu lagu itu popular dalam kalangan peminat Ayda dan pendengar muzik tanah air. Bagaimanapun, ia masih tidak kuat untuk dipertandingkan di AJL.

Kemunculam genre muzik EDM juga pada saya satu perkembangan baru dalam industri muzik tanah air dan ia diterima baik peminat.

Bagi penulis, Anugerah Juara Lagu sebagai satu majlis berprestij memberi impak mendalam kepada karier muzik seorang penghibur. Oleh itu ramai mengimpikan untuk beraksi di pentas legenda itu.

Mungkin Ayda kecewa kerana gagal terpilih kali ini, bagaimanapun dengan apa yang diberitahu oleh Datuk Mokhzani, ternyata kelayakan sesebuah lagu untuk dipertandingkan di AJL adalah atas unsur profesional semata-mata dan tiada sebarang unsur peribadi seperti kecenderungan atau minat juri kepada mana-mana artis.

Justeru, semua orang perlu berusaha memberikan yang terbaik supaya dapat bertanding sebaris dengan penghibur hebat yang lain. Apa kata anda? – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...