Melecur Tahap 4, Faisal Halim Kini Berada Di ICU – “Seorang Suspek Warga Tempatan Ditahan Polis”

Berita

Melecur Tahap 4, Faisal Halim Kini Berada Di ICU – “Seorang Suspek Warga Tempatan Ditahan Polis”

Pemain bola sepak tempatan, Faisal Halim dilaporkan sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Shah Alam setelah menjalani pembedahan.

Faisal Halim kini ditempatkan di ICU

Sebelum ini, industri sukan Malaysia digemparkan dengan berita Faisal telah diserang dan disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika dia berada di pusat beli belah Kota Damansara pada petang Ahad lalu.

Advertisement

Memetik The Star, keadaan Faisal kini kritikal dan pemain bola itu turut menerima lawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Kami bertemu dengan Faisal di hospital pertama selepas dia dirawat. Dia boleh bercakap dan berkomunikasi, dalam nada yang rendah.

Kemudian kelab memindahkannya ke hospital panel dan ketika itulah kami dimaklumkan bahawa dia perlu dibedah kerana keadaan kulitnya yang agak teruk.

Kami turut dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa dia mengalami lecur tahap empat dan bukanlah tahap dua. Ia agak teruk dan dia tidak dapat rasa lengan kirinya.

Fasial juga difahamkan perlu berada di hospital sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang suspek ditahan polis

Sementara itu, seorang lelaki warga tempatan juga telah ditahan bagi membantu siasatan perbuatan khianat tersebut.

Suspek simbah asidSumber : Harian Metro  

Lelaki berusia lingkungan 20-an yang bekerja di syarikat penapis air itu telah direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kejadian berunsur khianat itu merupakan insiden kedua berlaku terhadap Faisal kerana sebelum ini, pemain JDT, Akhyar Rashid turut menerima nasib yang sama apabila dia diserang penyamun ketika berada di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada 3 Mei lalu.

Akhyar dilaporkan cedera di bahagian kepala dan kaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti bainun
5 days ago

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Siti Bainun, Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...