Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Siti Bainun, Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun

Berita

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Siti Bainun, Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun

Rayuan Siti Bainun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai serta menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada 3 Mei 2023 terhadap pengasas Rumah Bonda itu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja 13 tahun itu.

Advertisement

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza turut menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman dan memerintahkan agar Siti Bainun menjalani hukuman penjara itu serta-merta.

siti bainun

Wanita berusia 32 tahun itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman tersebut.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.

adik bella

Selain hukuman penjara, Siti Bainun turut diarahkan melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam dan ia perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

1 year ago

"Teringat Gambar Dulu Berparut, Kurus" - Siti Bainun Masuk Penjara, Keadaan Terkini Adik Bella Buat Ramai Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...