“Meja Pun Tak Mampu Beli” – Rider Kesal Pengawal Keselamatan Suruh Letak Makanan Atas Lantai

Kehidupan

“Meja Pun Tak Mampu Beli” – Rider Kesal Pengawal Keselamatan Suruh Letak Makanan Atas Lantai

Mungkin bagi segelintir pihak di luar sana, menjadi seorang penghantar makanan (rider) merupakan suatu pekerjaan yang mudah untuk dilakukan.

Walau bagaimanapun, pekerjaan tersebut sebenarnya memerlukan tanggungjawab yang besar bagi memastikan makanan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.

Advertisement

Rider juga perlu berdepan dengan kerenah pelbagai pihak khususnya di kawasan residen mewah yang kadang kala melarang rider untuk menghantar makanan kepada pelanggan secara terus dan meminta makanan untuk ditinggalkan di pondok pengawal keselamatan.

Menerusi satu perkongsian rider yang dikenali sebagai Amirol, dia menunjukkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan oleh pelanggan hanya diletakkan di atas lantai kerana pihak pengurusan sebuah kediaman mewah gagal menyediakan meja untuk meletakkan makanan.

Kawasan bukan main mewah .. Tapi meja pun tak mampu beli.. Makanan kena tinggal dekat lantai macam tu.”

Tambahnya lagi, pengawal keselamatan di situ turut bercakap dalam nada biadap apabila ditanyakan tentang perkara itu.

Bila cakap tak elok makanan letak lantai .. Boleh guard tu cakap you jumpa lah bos saya .. Ini macam ke?? Bukan tak hormat security..Tapi cara dia cakap pun tak elok…”

@amirol1991

kawasan bukan main mewah .. tapi meja pun xmampu beli.. makanan kena tinggal dekat lantai mcam tu..bila cakap tak elok makanan letak lantai .. boleh guard tu cakap u jumpa lah bos sya .. ini macam ke ?? bukan x hormat security ..tapi cara dia cakap pun x elok .. #fyp #security #hormat

? bunyi asal – amirol – amirol

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pihak pengurusan kawasan kediaman itu menyediakan tempat yang lebih sesuai untuk meletakkan makanan yang dipesan pelanggan.

michael ang
2 years ago

“Kita Telan Je La!” - Isu ‘Rider’ Tak Hantar Makanan Sampai Pintu Rumah, Michael Ang Sekolahkan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...