Mungkin bagi segelintir pihak di luar sana, menjadi seorang penghantar makanan (rider) merupakan suatu pekerjaan yang mudah untuk dilakukan.
Walau bagaimanapun, pekerjaan tersebut sebenarnya memerlukan tanggungjawab yang besar bagi memastikan makanan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.
Rider juga perlu berdepan dengan kerenah pelbagai pihak khususnya di kawasan residen mewah yang kadang kala melarang rider untuk menghantar makanan kepada pelanggan secara terus dan meminta makanan untuk ditinggalkan di pondok pengawal keselamatan.
Menerusi satu perkongsian rider yang dikenali sebagai Amirol, dia menunjukkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan oleh pelanggan hanya diletakkan di atas lantai kerana pihak pengurusan sebuah kediaman mewah gagal menyediakan meja untuk meletakkan makanan.
Kawasan bukan main mewah .. Tapi meja pun tak mampu beli.. Makanan kena tinggal dekat lantai macam tu.”
Tambahnya lagi, pengawal keselamatan di situ turut bercakap dalam nada biadap apabila ditanyakan tentang perkara itu.
Bila cakap tak elok makanan letak lantai .. Boleh guard tu cakap you jumpa lah bos saya .. Ini macam ke?? Bukan tak hormat security..Tapi cara dia cakap pun tak elok…”
@amirol1991 kawasan bukan main mewah .. tapi meja pun xmampu beli.. makanan kena tinggal dekat lantai mcam tu..bila cakap tak elok makanan letak lantai .. boleh guard tu cakap u jumpa lah bos sya .. ini macam ke ?? bukan x hormat security ..tapi cara dia cakap pun x elok .. #fyp #security #hormat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pihak pengurusan kawasan kediaman itu menyediakan tempat yang lebih sesuai untuk meletakkan makanan yang dipesan pelanggan.