Pelakon muda, Meerqeen dikecam baru-baru ini gara-gara isu bergambar dengan aktres dari Israel, Gal Gadot serta responnya selepas mengetahui dirinya mendapat kecaman.
Selepas teruk dikecam Meerqeen tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia menyatakan pendiriannya menentang kezaliman.
Saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan, Doa dan harapan saya akan sentiasa terus duntuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi kezaliman di bumi mereka.
View this post on Instagram
Bagaimanpun, menerusi ruangan komen ramai yang mengkritiknya dan mendakwa Meerqeen cuba ‘play safe’ kerana takut kehilangan kontrak dengan jenama-jenama besar.
Bukan itu sahaja, ramai turut mempersoal Meerqeen kerana langsung tidak menulis dan menyebut perkataan Palestin dalam kenyataan tersebut.
Langsung takde sebut Palestin, tulis pun bahasa Melayu. Takut jenama besar sekat rezeki dia…
Sesetengah warganet berpendapat kenyataan dikeluarkan Meerqeen itu ‘too general’ dan ia bukanlah cara untuk menyebarkan kesedaran kepada orang awam.
Malah, kenyataan itu juga dikatakan hanya dikeluarkan untuk meredakan keadaan dan menghentikan kecaman bertubi-tubi diterima Meerqeen sejak beberapa minggu yang lalu.