Semangat pelakon Meerqeen tidak luntur meskipun gagal membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Menurut Meerqeen, dia tidak berasa terkilan atau sedih dengan keputusan sebaliknya amat bangga kerana berada dalam kalangan orang hebat yang tersenarai dalam lima terbaik.
Saya okay je tak terkilan dan tak sedih. Bagi saya, rezeki orang lain-lain dan Meerqeen tak letak harapan yang tinggi.
Tambah Meerqeen, dia percaya bahawa rezeki ada di mana-mana dan menyatakan yang perkara tersebut hanya anugerah serta tidak melambangkan siapa yang menang itu hebat.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam turut mengatakan bahawa mampu tersenarai sebagai lima terbaik pun sudah cukup membuktikan yang bakatnya mula diterima dalam industri seni.
Meerqeen juga sangat gembira apabila tercalon kerana untuk masuk Top 5 adalah tidak mudah serta dia sangat bangga kerana tahun 2021 ini merupakan tahun keduanya di dalam industri.
Saya sangat bersyukur tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Mungkin next time atau award lagi besar.
Bekas finalis Hero Remaja 2020 itu juga sempat mengucapkan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada kelab peminatnya yang banyak mengundi serta menyokong kerjayanya.
Ujar Meerqeen lagi, peminatnya sudah buat sehabis baik dan dia tidak berasa layak berada dalam senarai lima terbaik tanpa kepercayaan serta undian peminatnya yang sangat kuat.